REDLIFE SDN. BHD.

ENGKU MURAD ENGKU IBRAHIM - CHAIRMAN


Sekalung TAHNIAH kerana telah memilih REDLIFE SDN. BHD. sebagai RAKAN KONGSI PERNIAGAAN ANDA. Kami di REDLIFE mengalu-alukan kedatangan anda sebagai ahli keluarga besar REDLIFE. REDLIFE komited memberi layanan yang terbaik dan saksama kepada semua rakan kongsi yang berada di bawah naungan kami.

Kami berusaha untuk mewujudkan satu sistem perniagaan yang boleh didokong oleh semua lapisan masyarakat. Untuk menentukan pencapaian tersebut REDLIFE komited di dalam program pendidikan rakan-rakan perniagaan demi untuk memastikan mereka berkeyakinan diri, bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.
Di REDLIFE kami ingin melihat semua ahli keluarganya dapat memperbaiki taraf ekonomi mereka.Justeru REDLIFE turut menyediakan pelan pemasaran yang praktikal dan mudah, tidak membebankan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan tanpa had. REDLIFE komited untuk menghasilkan rangkaian produk yang berkualiti tinggi dan boleh digunapakai oleh semua rakan kongsi dan pengguna-pengguna umum.
Kami berharap setiap ahlinya mendapat faedah dari segi kesihatan dan peningkatan taraf ekonomi mereka serta bangga untuk memperkenalkan REDLIFE kepada semua kenalan. Kejayaan semua ahli akan membawa REDLIFE kearah kegemilangan dan membolehkan ia untuk berkongsi kejayaan dengan lebih banyak rakan kongsi dan pengguna-pengguna umum di masa hadapan.

Kelebihan REDLIFE.


Syarikat Malaysia yang dimiliki sepenuhnya REDLIFE SDN BHD, ditubuhkan pada 1hb Jun 2011. Ibu pejabat Redlife terletak di Pulau Pinang. Kami ialah perintis utama dalam bidang jualan langsung yang membekalkan produk kesihatan bermutu tinggi. Kilang kami bertaraf sijil SME - ISO 2001 - 2008 GMP (HACCP) Kilang kami terletak di Prai bersama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan kami yang dilengkapi dengan kemudahan terunggul dan berteknologi tinggi. Semua operasi dalam kilang dijalankan oleh pasukan yang diiktiraf dan mempunyai kepakaran yang tinggi dan dilatih sepenuhnya. Pasaran eksport kami sekarang meliputi 17 buah negara dan pelan strategi kami akan membawa kami ke peringkat yang lebih jauh lagi.
Pentadbiran kami dikawa dengan Pasukan RedStar yang berpengalaman dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti. Program latihan perniagaan kami diajar oleh pemimpin dan penceramah yang berkemahiran dan bermotivasi tinggi. kami akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa sekatan dan juga kebebasan kewangan pelan pemasaran yang mudah dicapai kepada mereka yang menyertai kami. Redlife percaya bahawa apa yang memanfaatkan individu juga akan memanfaatkan syarikat.

No comments:

Post a Comment